Friday, September 24, 2010

Bapa Kemerdekaan; Bapa Malaysia

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun `1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Berikut adalah Biodata ringkas beliau: 

Tarikh Lahir: 8 Februari 1903

Tempat dilahirkan: Istana Tiga Tingkat (Istana Pelamin), Alor Setar, Kedah 

Nama Bapa: Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Nama Ibu: Cik Menyelara

Pendidikan: 
- Bermula pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan          Baharu, Alor Setar.
- Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu.
- Seorang guru datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris.
- Berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid.
- Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). 
- Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School.
- Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah.
-  Mula-mulanya Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning(Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah).
-  1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930.
 
Kerjaya:
- bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931
- dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun 1932.
- Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
 
 
Keluarga:
-Berkahwin dengan Mariam tetapi Mariam meninggal akibat menghidapi penyakit malaria pada tahun 1934.
- Dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah.
-Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, tetapi terpaksa bercerai kerana berlakunya peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.
- Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah.
- Tunku dan Sharifah mengambil 3 anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam.
- Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Tarikh mangkat: 6 Disember 1990 (umur 87)

Gambar: 

   
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunku bersama Yang Di-pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman dan MacGillivray di luar King's House pada 5 Ogos 1957.

Tunku sedang bercakap di Press Conference

 

Tunku pada tahun-tahun yang akhirnya.

No comments:

Post a Comment